Kami boleh..

*Service & Membaik pulih kenderaan.
*Mengubahsuai / Modifikasi Enjin kenderaan.
*Menjual alat-alat ganti kenderaan (Tulen)
*Mengetuk & mengecat kenderaan.
*Menjual "Performance parts" Jepun/Continental.
*Half-cut Rare/Original Items.
*Khidmat mendaftarkan enjin (JPJ/Puspakom)
*Khidmat Nasihat tentang kenderaan.
*Sewa Go-kart & Servis Go-kart

Klick Link di bawah untuk gambar
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089332619

Friday, August 10, 2007

TOYOL / HANTU....??

"Mencuri,Mencopet,Mencilok" adalah pekara yang boleh di kategorikan sebagai jenayah jika ia membuatkan seseorang individu itu susah.Sudah menjadi lumrah keadaan dimana ia tidak mengira tempat untuk berlakunya kes-kes kecurian ini.Sedangkan di tempat yang suci tempat beribadah (Masjid,Surau) pun berlaku pekara sebegini seperti mencuri selipar,sejadah,dan paling teruk mamat tu mengambil duit tabung sedekah untuk masjid itu.Bukan tidak pernah berlaku,Pernah!!.

Begitu juga di Bengkel2 kereta, Baru2 ini Dato'Amee kehilangan telefon bimbit "Nokia" nya.Lebih menyedihkan apabila ada barang2 spare part juga di ambil orang.Kami tidak mahu menuduh sesiapa pun cuma kami terkilan jika ada yang mengambilnya untuk kepentingan diri sendiri.

Dengan keadaa
n sistem keselamatan yang kurang bagus juga mungkin memudahkan pekara ini terjadi.Untuk tidak ingin perkara ini berulang,Dato Amee telah menempah sistem kamera keselamatan (CCTV) untuk memantau kes kecurian ini dan juga mengesan pekerja2 yang cuba untuk mengular atau curi tulang sewaktu bekerja.

Along Cat - "Saya pernah kehilangan 3 batang gigi sewaktu muda dahulu, bagaimana? itu saya boleh ceritakan secara personal. Jumpa saya untuk mengecat / polish kereta anda!"

1 comment:

Anonymous said...

Apa barang ilang deyy...