Kami boleh..

*Service & Membaik pulih kenderaan.
*Mengubahsuai / Modifikasi Enjin kenderaan.
*Menjual alat-alat ganti kenderaan (Tulen)
*Mengetuk & mengecat kenderaan.
*Menjual "Performance parts" Jepun/Continental.
*Half-cut Rare/Original Items.
*Khidmat mendaftarkan enjin (JPJ/Puspakom)
*Khidmat Nasihat tentang kenderaan.
*Sewa Go-kart & Servis Go-kart

Klick Link di bawah untuk gambar
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089332619

Thursday, August 30, 2007

SALAM KEMERDEKAAN!!!

MERDEKA...!!MERDEKA...!!MERDEKA...!!

Kami Warga D9'ERS mengucapkan:-

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Negara kita MALAYSIA buat kali ke-50 tahun.

Kita dapat melihat pelbagai perubahan yang berlaku dalam negara kita yang tercinta.Semakin lama semakin meningkat maju dalam teknologi dan juga informasi.
Seiring dengan kemajuan ini adakah kita mensyukuri dan berterima kasih...!?
Yang penting bagi umat islam ialah dengan mensyukuri rahmat dan rezeki yang di limpahkan oleh-NYA kepada kita.

Adakah pemikiran kita juga telah merdeka? bebas dari di jajah?

Seketika dulu kita menentang Jepun.Tapi sekarang barang2 dari Jepun yang kita dok kejar.Mitsubishi,Daihatsu,Toyota dan Honda....Enjin manyak Kaw2...!!
Tak convert takleh kejar orang...Hmm...

Saturday, August 25, 2007

WAYANG & ALBUM AKAN DATANG!!

ARAHAN : DATO' FAZIMEE A.M.N
TERBITAN : D9'ERS ENTERTAIMENT STUDIO
PELAKON : AMEE,HASNOL,HUSSAIN,APOLEVO3,AZIZ V,BOB,ALONG CAT.
MEMPERKENALKAN : AIMAN,CUPIN AKALKETEIK & ACHAP HI-CAM.

ALBUM TERBARU YANG TERHANGAT DI PASARAN!!
ARTIS : MR.CUPIN AKALKETEIK
KELUARAN : EMI'S RECORD


Monday, August 20, 2007

Buletin D9'ers

14 Ogos 2007 - Kereta Ustat Volvo 244 berjana kuasa RB-25 DET telah keluar menggegarkan jalanraya.Sehari selepas itu Ustat telah membawa kereta itu menjelajah negeri Kelantan.Mengikut kata Ustat, Perbelanjaan minyak dari Shah Alam ke Kelantan menelan belanja sebanyak RM100.00 sahaja.Mungkin kerana enjin ini masih dalam keadaan standard turbo dan tidak mengubahsuaian yang lebih drastik lagi.Lagipun mungkin juga Ustat memandu di bawah boost 1 bar sepanjang perjalanan beliau ke Kelantan.Apapun ucapan TAHNIAH di atas projek "Volvoline" ustat.

p/s:Dengar cerita kereta itu breakdown kat Pandan Indah.Hose tercabut!!

17 & 18 Ogos 2007 -
Tarikh ini adalah tarikh dimana Mr. Awng Lwing (Mr.John) tidak menghadirkan diri untuk bekerja di D9'ers.Alasan kukuh tahap Zargone yang di gunakan oleh John ialah tidak cukup tidur & rehat.Memandangkan kerja lebih masa beberapa hari yang lepas membuatkan semua Warga D9'ers tidak cukup tidur, dan bukan hanya John seorang sahaja.Dato' Amee merasa tidak puas hati dan bercita-cita untuk menghantar John ke Kursus Disiplin I.O.A (Institut Otai Auto).
Tetapi ini dalam pemerhatian dan perlukan sokongan.


19 Ogos 2007 - Adalah hari pecah rekod bagi Warga D9'ers.Rekod yang di cipta oleh En.Aiman & En.Cupin adalah kerja paling lewat habis bekerja.Setakat ini rekod kebangsaan yang di cipta oleh Dato'Amee,Bob & John adalah selewat 5 pagi.Tetapi kali ini ia telah di pecahkan oleh En.Aiman & En.Cupin kelebihan 2 jam iaitu pukul 7 pagi waktu Malaysia Barat.
Ini kerana berkat kesungguhan bekerja tanpa mengira penat lelah dan keluarga tersayang.Antara warga D9'ers yang lain turut terlibat ialah Mr.Hasnol & Mr.Apolevo3 yang turut bersengkang mata bersama mereka.

Wednesday, August 15, 2007

Volvo 244 Ustat.....

Volvo 244 milik Ustat (D9'ers) yang berjana kuasa enjin RB-25 DET telah 80% siap.
Baru-baru ini ia telah di pandu uji bertempat di hadapan D9 Autoservice.Kehadiran pada hari itu seramai 10 orang termasuk warga D9'ers berkumpul untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri, tentang projek yang agak gah di D9'ers.

Walaupun belum selesai sepenuhnya, seperti pemasangan intercooler "Blitz", sistem piping dan lain-lain.


Monday, August 13, 2007

Kemanakah Tan Sri Shammiruzain

Sejak beliau menjual kereta power (Perdana EVO-1) Tan Sri Shammiruzain.Beliau nampaknya seperti menghilangkan diri dari D9'ers.Mengapa? adakah beliau merasakan seperti tidak perlu lagi melepak di D9'ers sbab tidak ada kereta turbo untuk di service atau modified.Atau mungkin sibuk dengan kerjayanya sebagai Ultraman di syarikat dia bekerja.Apa2 pun kami di D9'ers merindui motivasi dari beliau untuk menaikkan semangat kami dan apa2 yang boleh di naikkan.


"Ada yang mengatakan selepas gambar ini di ambil, Tan Sri Shamir terus hilang bagaikan mengguna ilmu Pling-Pling"

Pening Pening & Pening

Bukan hanya kerja di Mahkamah sahaja pening untuk menyelesaikan kes-kes.Bukan di Bank2 atau di mana-mana syarikat yang tak lepas dari mengalami penyakit pening ni.Begitulah yang berlaku di D9'ers.

Mr.John yang pening memandang kertas kerja untuk "wiring" Kereta Honda.Setelah 12 tahun belajar bahasa Malaysia, Barulah Mr.John kelahiran Myanmar dapat memahami selok-belok bahasa yang di terjemahkan.





AKHIRNYA!!
Seramai empat kepala otak berfikir untuk menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh Mr.John Awng Lwin tentang "Wiring" Honda.Memadai dengan cogankata yang selalu di laungkan oleh Mr.John "Awak tak bodoh, Kita sama-sama Bodoh!"

Saturday, August 11, 2007

Delimma Bro Hussain...

"Aku xbleh tido malam memikirkannya...."
Itulah kata2 hikmah yang terpacul dari mulut Bro Hussain kepada Dato' Amee baru-baru ni.Mengapa!?...

Sebabnya Abg. Husz tengah pening kepala untuk meng'upgrade'kan Honda EF-B16B miliknya.Ini kerana Abg.Husz goyang apabila ramai rakan2 nya yang mempunyai enjin "POWER" dan mantap berbanding keretanya.Dengan berbekalkan budget tertentu,Abg.Husz telah memikirkan beberapa formula agar dapat menyaingi rakan2 yang lain.

Antara formula2 yang telah di cadangkan oleh Abg.Husz ialah:-
a)Menukar head Type-R (B16B / B16C)
b)Block B20B (CRV-2.0L)
c)Port Polish...

Inilah antara formula2 yang membuatkan Bro.Husz pening kepala.

Friday, August 10, 2007

TOYOL / HANTU....??

"Mencuri,Mencopet,Mencilok" adalah pekara yang boleh di kategorikan sebagai jenayah jika ia membuatkan seseorang individu itu susah.Sudah menjadi lumrah keadaan dimana ia tidak mengira tempat untuk berlakunya kes-kes kecurian ini.Sedangkan di tempat yang suci tempat beribadah (Masjid,Surau) pun berlaku pekara sebegini seperti mencuri selipar,sejadah,dan paling teruk mamat tu mengambil duit tabung sedekah untuk masjid itu.Bukan tidak pernah berlaku,Pernah!!.

Begitu juga di Bengkel2 kereta, Baru2 ini Dato'Amee kehilangan telefon bimbit "Nokia" nya.Lebih menyedihkan apabila ada barang2 spare part juga di ambil orang.Kami tidak mahu menuduh sesiapa pun cuma kami terkilan jika ada yang mengambilnya untuk kepentingan diri sendiri.

Dengan keadaa
n sistem keselamatan yang kurang bagus juga mungkin memudahkan pekara ini terjadi.Untuk tidak ingin perkara ini berulang,Dato Amee telah menempah sistem kamera keselamatan (CCTV) untuk memantau kes kecurian ini dan juga mengesan pekerja2 yang cuba untuk mengular atau curi tulang sewaktu bekerja.

Along Cat - "Saya pernah kehilangan 3 batang gigi sewaktu muda dahulu, bagaimana? itu saya boleh ceritakan secara personal. Jumpa saya untuk mengecat / polish kereta anda!"

Orang Baru di D9'ers


Assalamualaikum,
Untuk perhatian bersama, Warga D9'ers telah bertambah seorang lagi ahli baru.Ia adalah Mr.Cupin atau nama real ialah Mr.Halim.Halim ni tidak ada kene mengena dengan Halim Garage.Tapi seorang anak muda yang dalam pertengahan umur 20-an , yang berasal dari Banting,Selangor.

Cupin yang baru mula bekerja di D9'ers sebagai Mechanical Enggineering telah memulakan tugasnya awal bulang Ogos baru2 ini.Pengalaman yang di timba sebelum ini telah membuatkan Dato' Amee merasa yakin dan senang.Cupin adalah pengganti Mr.Bala yang telah hilang entah kemana di tiup angin di tepi pantai bersama butiran pasir dilautan.

D9'ers mengharapkan agar Cupin dapat bertahan dan tabah menghadapi segala ujian di D9ers.
Cupin sedang diuji dengan menyiapkan Honda V-TEC En.Aziz dengan bawah pemerhatian Dato' Amee.

Tuesday, August 7, 2007

Missing In Action


"Missing in Action" bukanlah mengenai wayang yang pernah BOX OFFICE sewaktu ketika dulu, tetapi ia mengenai salah seorang pomen yang baru kerja bersama kami iaitu Mr.Bala.Beliau yang kini telah 2 hari tidak datang ke bengkel tanpa sebarang pemberitahuan masaalah atau keadaanya kini dilaporkan hilang dari D9'ers.

Kehilangannya amat memeranjatkan kami di D9'ers.Ini kerana ada kerja-kerjanya yang tertangguh dan belum selesai yakni telah menambahkan pening kepala Dato'Amee.Di bawah adalah sessi soal jawab bersama beberapa Warga D9'ers tentang kehilangan Mr.Bala.

En.Aiman - "Saya tak berapa pasti kemana hilangnya Bala,Selepas dia pening membuat job
kereta Volvo S60 milik pelanggan pada hari Jumaat lepas,esoknya Bala tidak hadir
bekerja Saya fikirkan mungkin sehari dia tidak hadir,tetapi hari ini telah genap 3 hari
waktu bekerja.Semoga ayah & emak saya di rumah dapat membaca artikel ini"

En.John - "Tak Buleh!! ini macam xbuleh laa...Saya pun penat jugak! sampai lomei pun xbuleh larat badan sakit-sakit.Pasal Bala...saya tak tau laa...Air Nescafe ais ada!"

En.Bob - "Bala....Mulanya keje dia ok.Xpernah memperlihatkan kecurigaanya.Kadang-kadang dia
buat keje sampai xhenti-henti.Pernah juga dia berbahasa Tamil dengan saya.Antara 10
yang dia kata hanya 4/5 yang saya faham.Dulu Dato'Amee ada cakap dengan saya
mengenai Bala ni.Harapan Dato' Amee agar Bala tidak mendatangkan bala kepada
D9'ers telah membawa Bala...

Dato Amee - "Tidak tahu saya hendak katakan di sini,Bala telah menimpa saya.Kerja-kerja Bala
mula-mula hebat.Kalah R.Rajanikand (Suraji) kalau lawan jadi pomen ni.Atas kerja
tangan Bala pada salah suatu kerea pelanggan telah membuatkan sedikit rugi
pada company saya."

Along (Hakimi) - "Mungkin kerana tidak tahan tekanan dengan kerja-kerja yang berat dan lebih masa maka En.Bala menghilangkan diri.Sejak 2-3 hari ni saya perhatikan D9'ers beroperasi lebih masa hinggakan pukul 2-3 pagi.Ini kerana menyiapkan kenderaan pelanggan dan bukan berpoya-poya berkaraoke atau meminum minuman keras.Saya tidak boleh berkata lebih kerana saya adalah tukang cat di D9'ers.Jika anda ingin mengecat atau polish kenderaan anda,Silalah hadir ke D9'ers dan berjumpa saya Along (Hakimi) untuk perbincangan atau sebarang informasi.Majulah Super Paint!!"




Special Project



D9'ers di kejutkan dengan satu special project yang boleh di kategorikan tahap GABAN.Ia melibatkan sebuah kereta dari buatan Sweden iaitu Volvo 244 GL yang berjana kuasa enjin B19 Volvo dan ingin bertukar kepada enjin berjana kuasa dari buatan Nissan RB25-DET!!
Percaya atau tidak? Percayalah!!!.Volvo milik Ustat yang merupakan salah seorang warga D9'ers telah memperjudi nasib kereta miliknya yang telah berusia 26 tahun itu.

Walaupun pada dirinya yang telah memandu kenderaan itu selama 2 tahun.Ustat tekad untuk menaik tarafkan kereta pusaka itu dengan lebih mantap dan sedap di pandu.Dengan bermodalkan hampir RM5,000.Ustat cuba menrealisasikan impian yang terbenam lama dalam isi hatinya itu.Ustat memerhatikan kebanyakkan kereta yang sama model denganya banyak menggunakan enjin SR-20 seperti kebanyakkan pengguna BWM.

Yang specialnyer...Ustat memasang sendiri dan menjalankan project keretanya dengan bantuan D9'ers.Di iring semangat yang jitu dan tabah, Ustat kelihatan tenang sambil menghadap enjin gergasi itu.Kami di D9ers mengucapkan Tahniah di atas kebolehan ustat.

Apa yang penting ialah menaik taraf kenderaan Continental ini bukanlah pekara yang mudah dan murah.Tambahan pula enjin versi JEPUN di kacukkan kedalam compartment continental tidak semudah yang di sangkakan.Banyak pekara yang harus di ubahsuai dan di fikirkan logik untuk menghasilkan satu kepuasan yang maksima....

http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2088861099

Sunday, August 5, 2007

Dato Amee.....


Aku hari ni amat kesian kat Dato' Amee.Pening dia hari ni bertambah-tambah.Ini kerana memikirkan pelbagai benda.Firstly tentang bebudak pomen dia, Bala boleh tak datang keje hari ni.
Takde pesan apa2 pun kenapa xdapat datang keje.Hati Dato' Amee yang mula2 suka dengan kehadiran Bala di D9'ers mula bertukar suhu,tambahan pula apabila kerja yang Bala handle iaitu kereta VOLVO S60 tu tak setle lagi.Owner kereta dah bising nak amik kereta tu.

Hendak taknak pun Dato' Amee terpaksa menyelesaikan masaalah itu.Tapi setelah jam 2.00am tak dapat setle gak.Bukan apa,kerana Dato'Amee terpaksa setlekan banyak hal lagi iaitu dengan pelanggan yang lain juga.Ini kerana Pomen Aiman terpaksa pulang awal kerna kenduri kahwin abangnya akan berlangsung esok hari.Jadi xleh nak elak arr...hal Family tuu...

Tapi alhamdulillah sales hari ni boleh tahan juga.Mencecah empat angka arr....
Di harapkan Dato'Amee mampu bertahan melayan segala karenah yang ada....

Saturday, August 4, 2007

Technical Power of D9'Ers

TECHNICAL UNIT

From Left : Mr.Bala,Mr.Aiman,Mr.Bob,Dato Amee & Mr.John


Mereka di atas adalah orang2 kuat bahagian "Mechanical,Engineering,Technical" di D9 Autoservices.Selain dari membaik pulih kenderaan,Mereka juga terlatih dalam bidang pengubahsuaian enjin.




BODYWORK UNIT

From Left : JayNal,Kak Ilah & Along (Hakimi)

Jika anda ingin mengecat kenderaan anda atau mengilatkan (Polish) kenderaan anda.Kami di D9 Auto Services ada menyediakan perkhidmatan tersebut.Super Paint Enterprise adalah salah satu company yang ada join venture bersama D9'ers.Anda boleh datang dan mendapatkan keterangan lanjut di sini.

Friday, August 3, 2007

Project Honda EK.....


Project Honda EK bermula, Half-cut telah sampai....Nantikan bersama... Kepada owner kereta En.Aziz di harap SABAR!SABAR!SABAR!SABAR!.....Hehehe!

Thursday, August 2, 2007

KESELESAAN KEPADA PELANGGAN!!...


Ketika anda menunggu kenderaan anda sedang di service.Kami menyediakan tempat yang selesa untuk anda rehat.Jika anda mempunyai Lap Top,Note Book atau apa jua gadget2 yang boleh Online,Disini kami menyediakan sistem Wi-Fi secara percuma.Kami juga mempunyai perkhidmatan "BANKING ONLINE" di mana terdapat sebuah PC untuk anda membayar secara on-line atau melayari internet sambil menunggu.Ianya adalah PERCUMA!! Ini adalah menunjukkan keselesaan seorang pelanggan yang sedang menunggu kenderaannya..


Wednesday, August 1, 2007

Hmm....News D9'ers

Bulan Julai telah berlalu,Kini tiba bulan Ogos.Bulan kemerdekaan yang biasa di anggap oleh rakyat kita Malaysia.Memandangkan kini 50 tahun kita merdeka, kita harus berbangga dengan negara kita yang semakin pesat membangun dengan kemajuan teknologi dan informasi.

Dengan kepesatan ekonomi dan teknologi di negara ini,maka lebih banyak perkara yang boleh kita realisasikan lebih-lebih lagi dalam bidang permotoran.Kami di D9'ers juga tidak ketinggallan untuk bersama-sama mengejar teknologi-teknologi terkini demi memberi kepuasan kepada pelanggan dan juga rakan-rakan D9'ers.

Bulan Ogos ini kami telah di tempah oleh beberapa kereta untuk di adaptasikan impian mereka untuk menaik taraf enjin mereka.Di antara projek terkini untuk bulan Ogos ini ialah:-

a.) Projek Honda EK milik En.Aziz yang ingin merasai kuasa V-TEC yang sebenarnya.
b.) Projek Satria Baja Orange milik En.Ashraff dari enjin GSR-1.8 Turbo kepada EVO-3.
c.) Projek Satria GTI-1.8 milik En.Shah bertukar kepada GSR-1.8 Turbo.
d.) Projek Satria N/A pada Turbo.