Kami boleh..

*Service & Membaik pulih kenderaan.
*Mengubahsuai / Modifikasi Enjin kenderaan.
*Menjual alat-alat ganti kenderaan (Tulen)
*Mengetuk & mengecat kenderaan.
*Menjual "Performance parts" Jepun/Continental.
*Half-cut Rare/Original Items.
*Khidmat mendaftarkan enjin (JPJ/Puspakom)
*Khidmat Nasihat tentang kenderaan.
*Sewa Go-kart & Servis Go-kart

Klick Link di bawah untuk gambar
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089332619

Monday, July 30, 2007

APA KATA PELANGGAN

Apa kata pelanggan2 yang telah bersama kami di D9 Autoservice:





Bro Hussain-Honda EF B16A DOCH V-TEC. "D9'ers telah memberikan kepuasan dalam Enjin V-TEC B16A saya. Pada mulanya saya anggap mereka ini tidak mahir kerana Usia
mereka kebanyakkan nya masih muda.Tapi berkat kesungguhan
dan kemahiran yang ada saya yakin D9'ers boleh pergi jauh"






Bro Norfi (Nissan Sentra) SR-20 DET "Saya dah lama bersama Dato' Amee,Sejak dia bersama dengan bapanya lagi di Mohamad Auto.Jadi tak perlu di persoalkan lagi tentang bagaimana hasil kerja di D9'ers.Segala masaalah akan di atasi segera, dengan berkat kesabaran dan kemahiran yang jitu...Bleh dapat diskaun puji hang ni Amee!!"








Fernando Alonso (F1 Driver) "Diffrence when we drive in normal car with F1 Car.But when i've been service my personal car (PORSHE 991) at D9 Autoservice at TTDI Jaya Shah Alam, Malaysia.My car feel just like F1...Heh.."









Hakkinen (Rally Driver)

"Hmm....Great!!"

Friday, July 27, 2007

Kenari Project L900 Move....


Setelah hampir sebulan, Kenari En.Faril yang ternanti-nanti enjin half-cut dari Jepun iaitu L902 dari model Daihatsu kini telah tiba.Proses pemasangan enjin tidak mengambil masa yang lama.Tetapi Half-cut yang di cari terlalu susah kerana kedai2 Potong kekurangan stok dan ada harga yang di beri terlalu tinggi.

Menurut En.Faril, Dia memang telah memasang enjin turbo yang di beli pada orang lain.Tetapi enjin itu tidak berapa memuaskan dan perlu pembaikkan yang banyak.Dengan memikirkan secara masak dan ranum seperti buah Durian D24,EN.Faril telah mengambil keputusan pilihanraya agar membeli enjin lain di Half-cut untuk menggantikan enjinnya sebelum ini.

Adalah menjadi rutin tugas harian D9'ers untuk merealisasikan impian setiap pelanggan yang datang.Begitu juga impian En.Faril yang kami tidak tolak.Setelah beberapa hari proses pemasangan enjin di lakukan,Akhirnya Kenari En.Faril berjaya di keluarkan dengan penalaan enjin berkuasa Turbo (Daihatsu Move Type GF-L902S-GPSX) dengan nombor enjin bermula dengan JB-DET.Kini En.Faril berasa gumbira bagaikan tak terkata dalam bahasa Myanmar dengan memandu Kenari bersama enjin Turbo 660cc.

Link Di bawah adalah foto-foto pembikinan kereta Kenari En.Faril.
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089317464

Wednesday, July 25, 2007

Abang Hussain kembali....

Setelah sekian lama beliau menyepikan diri.Kini abang Hussain kembali dengan ceria dan peramah kembali.Mungkin ada formula baru untuk menaik tarafkan kereta Honda EF berjana kuasa dengan enjin B16B nyer... Keceriaan yang di susuli dengan baju T-Shirt "APEXi VAFC" baru yang di beli di salah sebuah butik terkenal di "Uptown Shah Alam".Bukan sebarang baju yang di pakai, ia bermakna abg Hussain menggunakan gadget VAFC APEXi untuk kereta V-TEC nyer.Katanya setelah memakai alat itu,keretanya mampu menjanakan kuasa enjin yang lebih dan dapat menjimatkan minyak...


Semoga kehadiran Abang Hussain dapat menambahkan lagi keceriaan di D9'ers.

D9'ers Book Of Record!!


Jam tepat menunjukkan pukul 3.00am....D9'ers masih lagi beroperasi.Bukan apa, kerana mahu menyiapkan Project Perdana Evo-3 Encik Saiful.Antara yang terkini masih ada di D9'ers ialah
Dato' Amee,John,Aiman,Bob,Syed,dan Hasnul...Aik...Hasnul pun ada?

Semangat jitu yang di pamirkan oleh ahli-ahli D9'ers amat di kagumi oleh Perdana Menteri kita Dato' Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam usia Remaja masih mampu bersengkang mata mencari rezeki yang halal dan bukanya melepak membuang masa berpeleseran di Shopping2 dan Dataran Kuala Lumpur. TaHniAh D9'ers!!!

Euro-R Fevaa' in D9'ers



Selain bermain dengan ketegori "TURBO" di D9'ers, Kami juga ada ketegori
V-TEC iaitu tidak lain dari enjin jenama Honda.Prestasi enjin V-TEC juga telah membuatkan kami hampir2 sewel seperti melayan enjin turbo.Ini kerana kuasa V-TEC juga tidak boleh di pandang ringan dalam ketegori enjin .
Baru-baru ini, D9'ers telah di kunjungi oleh seorang pemilik Honda Torneo Euro-R, Encik Zul yang telah memberi kepercayaan kepada D9'ers untuk menaik tarafkan prestasi enjin H22A Euro-R miliknya.Dengan bantuan dan hasil kajian yang mendalam untuk enjin berkuasa V-TEC ini,Dato' Amee telah membuat rumusan & formula sebanyak yang mampu untuk merealisasikan matlamat yang di idamkan oleh
Encik Zul ini.Antara formula2 dan rumusan yang di buat adalah seperti berikut:

a) Rahsia....
b) Secret....
c) Private & Confidential....

Setelah H22A diadaptasi dan di beri penalaan yang lebih jitu, Kami telah mengadakan sesi "Dyno Test" di GT Auto Sunway.Keputusan yang telah dijanakan memang memuaskan iaitu mencecah 194psi bersamaan dengan 190hp.Ini telah membuatkan Encik Zul berterima kasih dengan D9'ers sambil menari tarian JEPUN...Hait! Arigato gozaimas!!.

Dibawah adalah link untuk gambar-gambar Euro-R Encik Zul...

http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089394086

Tuesday, July 24, 2007

Mr.Farid di hantar futher study....


Assalamualaikum semua,
Salah seorang warga D9'ers iaitu pomen di D9 Autoservice telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Mechanical Engineering.Beliau yang begitu aggresif menjalankan tugas sebagai pomen yg berjaya telah menyahut cabaran dari Dato' Amee yang mencadangkan kursus itu di ambil.

Ia bertujuan untuk menambahkan semangat dan mendisiplinkan diri agar dapat menyahut cabaran wawasan 2020 yang akan datang.Menurut Menteri Jalanraya Datuk S.Sammy Vellu, "Pemuda hendaklah memartabatkan diri sebagai yang professional agar tidak ketinggalan kelak".Tempoh kursus yang di jalankan tidak tahu berapa lama.Di harapkan agar Mr.Farid dapat pulang awal bertugas kembali di D9 Autoservices.

Monday, July 23, 2007

Mr.Achap wedding day....

Mr.&Mrs. Achap

Alhamdulillah, Akhirnya selamat Mr. Achap melangsungkan majlis perkahwinanya.Berlansung di Hotel Carlton Holiday Shah Alam,Kedua mempelai nampak sungguh berseri-seri.Bermula jam 12tghari dan berakhir pada 4 ptg 22hb Julai 2007.Ramai juga rakan2 yang hadir menghabiskan lauk-pauk kenduri hari tu...Di bawah adalah gambar2 sessi Majlis Perkahwinan Mr.Achap.

Kami di D9'ers mendoakan semoga kekal abadi hingga ke anak cucu!! TAHNIAH!!

http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089462721

Friday, July 20, 2007

Pomen baru di D9'ers

Mr. Bala Supramaniam

D-Nine Auto Services telah menambah seorang lagi staff sebagai Pomen.Nama pomen baru kita ialah Bala...Mungkin Bala Krishnan atau Bala Sundram.Apa-apa pun setakat ini dia di perhatikan oleh pihak atasan demi menjaga kualiti dan hasil kerja yang bagus.Dengan ini D9'Auto services telah mempunyai 5 tenaga kerja iaitu Mr.Farid,John Ang Lwin,Aiman,BoB & Bala.Semoga kehadiran Bala tidak mendatangkan bala pada D9'ers.

Friday, July 13, 2007

Satria 1.3 Convert GSR 1.8


Ini adalah project Satria 1.3 standard gaban bertukar kepada enjin GSR 1.8 bodypart Mivec.
Pemilik sah ialah En.Hasnoor dari Padang Jawa.Telah memodalkan RM15k utk menaik tarafkan kenderaan beliau iaitu Proton Satria 1.3.
Peralatan high performance yang di sumbat dalam satria ini yang telah memberikan penalaan kuasa yang tinggi untk engine GSR ini...dan beberapa parts penting ialah:-

-Intercooler "APEXi"
-Adj.Kayaba Super Special
-Muffler tip (RSR Magic)
-Wastegate "Tial"
-Sport rims (Enkei RS 2 piece)
-GSR Rear disc brake
-HKS SQV Blow off valve.
-Mivec Big Spotlite bodypart
-4WD oil tank
-Stainless steel piping
-Steering ELEVO Racing


Link di bawah adalah koleksi foto hasil D9 Auto Services & Modified.

http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089836017

Go-Cart Fever melanda....

Go-cart fever melanda D9'ers...
Sebanyak 3 biji Go-Cart 100cc,125cc,ada di D9'ers...
Go-Cart ini akan di sewakan kepada yang berminat...


Project Perdana EVO-3 test

Perdana Evo3 Engine....Test'o....



Thursday, July 12, 2007

Minat atau Fanatik kereta

Satu renungan utk saudara2 sekalian dlm sesi blog D9 ini. Sesetengah orang begitu minat atau fanatik dlm era permotoran kereta di mana sanggup berhabisan wang untuk menaik taraf sama ada dari segi bodykit, performance atau rim.

Satu contoh untuk renungan rakan2 seperti dlm gambar berikut. Sanggupkah anda berhabisan masa,wang ringgit untuk melakukan modifikasi seperti ini.

Cuba anda bayangkan masa untuk planning, masa nak pegi beli & masa untuk me'mod kan kereta yg telah di habiskan demi minat / fanatik.

Selamat bermodifikasi & beramal....


Wednesday, July 11, 2007

D9'ers Bodywork & Paint


D9'ers juga mempunyai perkhidmatan Bodyworks & paint.Atau lebih senang di fahami dalam bahasa bengkel "Ketuk Body & cat body"....Super Paint Enterprise adalah rakan usaha sama dengan D9 Auto Services.Untuk segala pertayaan, anda boleh menghubungi saudara Along di talian 019-306 8812 atau datang terus ke D9 Auto Services.

Di bawah merupakan Link gambar kerja2 Bodywork.

http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089911750&idx=0

GeLaGaT D9'Ers......

GeLaGaT D9'ers.....



Sila Click Link di bawah untuk gambar yang lain...

http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089945770

Tuesday, July 10, 2007

Project Perdana EVO-3


D9 Autoservices sedang menjalankan projek pemasangan enjin untuk kereta Perdana V6 En. Saiful dari PROPERD.Enjin pilihan En. Saiful ialah Mitsubishi Evolution Version 3 atau nama glamour dan senang faham EVO-3 arr.Buat masa ini kereta Perdana ini masih dalam proses pemasangan.80% telah siap dan bakal menggegarkan jalan raya tidak lama lagi....

Link ini adalah untuk tontonan anda semua gambar2 pembikinan Perdana EVO-3 tersebut.


http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089947464