Kami boleh..

*Service & Membaik pulih kenderaan.
*Mengubahsuai / Modifikasi Enjin kenderaan.
*Menjual alat-alat ganti kenderaan (Tulen)
*Mengetuk & mengecat kenderaan.
*Menjual "Performance parts" Jepun/Continental.
*Half-cut Rare/Original Items.
*Khidmat mendaftarkan enjin (JPJ/Puspakom)
*Khidmat Nasihat tentang kenderaan.
*Sewa Go-kart & Servis Go-kart

Klick Link di bawah untuk gambar
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089332619

Monday, August 20, 2007

Buletin D9'ers

14 Ogos 2007 - Kereta Ustat Volvo 244 berjana kuasa RB-25 DET telah keluar menggegarkan jalanraya.Sehari selepas itu Ustat telah membawa kereta itu menjelajah negeri Kelantan.Mengikut kata Ustat, Perbelanjaan minyak dari Shah Alam ke Kelantan menelan belanja sebanyak RM100.00 sahaja.Mungkin kerana enjin ini masih dalam keadaan standard turbo dan tidak mengubahsuaian yang lebih drastik lagi.Lagipun mungkin juga Ustat memandu di bawah boost 1 bar sepanjang perjalanan beliau ke Kelantan.Apapun ucapan TAHNIAH di atas projek "Volvoline" ustat.

p/s:Dengar cerita kereta itu breakdown kat Pandan Indah.Hose tercabut!!

17 & 18 Ogos 2007 -
Tarikh ini adalah tarikh dimana Mr. Awng Lwing (Mr.John) tidak menghadirkan diri untuk bekerja di D9'ers.Alasan kukuh tahap Zargone yang di gunakan oleh John ialah tidak cukup tidur & rehat.Memandangkan kerja lebih masa beberapa hari yang lepas membuatkan semua Warga D9'ers tidak cukup tidur, dan bukan hanya John seorang sahaja.Dato' Amee merasa tidak puas hati dan bercita-cita untuk menghantar John ke Kursus Disiplin I.O.A (Institut Otai Auto).
Tetapi ini dalam pemerhatian dan perlukan sokongan.


19 Ogos 2007 - Adalah hari pecah rekod bagi Warga D9'ers.Rekod yang di cipta oleh En.Aiman & En.Cupin adalah kerja paling lewat habis bekerja.Setakat ini rekod kebangsaan yang di cipta oleh Dato'Amee,Bob & John adalah selewat 5 pagi.Tetapi kali ini ia telah di pecahkan oleh En.Aiman & En.Cupin kelebihan 2 jam iaitu pukul 7 pagi waktu Malaysia Barat.
Ini kerana berkat kesungguhan bekerja tanpa mengira penat lelah dan keluarga tersayang.Antara warga D9'ers yang lain turut terlibat ialah Mr.Hasnol & Mr.Apolevo3 yang turut bersengkang mata bersama mereka.

No comments: