Kami boleh..

*Service & Membaik pulih kenderaan.
*Mengubahsuai / Modifikasi Enjin kenderaan.
*Menjual alat-alat ganti kenderaan (Tulen)
*Mengetuk & mengecat kenderaan.
*Menjual "Performance parts" Jepun/Continental.
*Half-cut Rare/Original Items.
*Khidmat mendaftarkan enjin (JPJ/Puspakom)
*Khidmat Nasihat tentang kenderaan.
*Sewa Go-kart & Servis Go-kart

Klick Link di bawah untuk gambar
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089332619

Tuesday, August 7, 2007

Missing In Action


"Missing in Action" bukanlah mengenai wayang yang pernah BOX OFFICE sewaktu ketika dulu, tetapi ia mengenai salah seorang pomen yang baru kerja bersama kami iaitu Mr.Bala.Beliau yang kini telah 2 hari tidak datang ke bengkel tanpa sebarang pemberitahuan masaalah atau keadaanya kini dilaporkan hilang dari D9'ers.

Kehilangannya amat memeranjatkan kami di D9'ers.Ini kerana ada kerja-kerjanya yang tertangguh dan belum selesai yakni telah menambahkan pening kepala Dato'Amee.Di bawah adalah sessi soal jawab bersama beberapa Warga D9'ers tentang kehilangan Mr.Bala.

En.Aiman - "Saya tak berapa pasti kemana hilangnya Bala,Selepas dia pening membuat job
kereta Volvo S60 milik pelanggan pada hari Jumaat lepas,esoknya Bala tidak hadir
bekerja Saya fikirkan mungkin sehari dia tidak hadir,tetapi hari ini telah genap 3 hari
waktu bekerja.Semoga ayah & emak saya di rumah dapat membaca artikel ini"

En.John - "Tak Buleh!! ini macam xbuleh laa...Saya pun penat jugak! sampai lomei pun xbuleh larat badan sakit-sakit.Pasal Bala...saya tak tau laa...Air Nescafe ais ada!"

En.Bob - "Bala....Mulanya keje dia ok.Xpernah memperlihatkan kecurigaanya.Kadang-kadang dia
buat keje sampai xhenti-henti.Pernah juga dia berbahasa Tamil dengan saya.Antara 10
yang dia kata hanya 4/5 yang saya faham.Dulu Dato'Amee ada cakap dengan saya
mengenai Bala ni.Harapan Dato' Amee agar Bala tidak mendatangkan bala kepada
D9'ers telah membawa Bala...

Dato Amee - "Tidak tahu saya hendak katakan di sini,Bala telah menimpa saya.Kerja-kerja Bala
mula-mula hebat.Kalah R.Rajanikand (Suraji) kalau lawan jadi pomen ni.Atas kerja
tangan Bala pada salah suatu kerea pelanggan telah membuatkan sedikit rugi
pada company saya."

Along (Hakimi) - "Mungkin kerana tidak tahan tekanan dengan kerja-kerja yang berat dan lebih masa maka En.Bala menghilangkan diri.Sejak 2-3 hari ni saya perhatikan D9'ers beroperasi lebih masa hinggakan pukul 2-3 pagi.Ini kerana menyiapkan kenderaan pelanggan dan bukan berpoya-poya berkaraoke atau meminum minuman keras.Saya tidak boleh berkata lebih kerana saya adalah tukang cat di D9'ers.Jika anda ingin mengecat atau polish kenderaan anda,Silalah hadir ke D9'ers dan berjumpa saya Along (Hakimi) untuk perbincangan atau sebarang informasi.Majulah Super Paint!!"




3 comments:

Anonymous said...

betol la en bala membawa kpd D9'er,korg x cr ke kat umah die..kot2 di kene denggi ker,demam tapioca ke..

perdanaevo_8825 said...

Bala,

ada mana bala? Bala!!???

Where are you Bala..??!!!!

tyco ipoh said...

Kebajikan pekerja harus di jaga.
Mungkin salah satu pekara yang perlu di ambil berat.Tapi dalam kes Mr.Bala
mungkin ia mencari sendiri bala!






-Tyco Ipoh-