Kami boleh..

*Service & Membaik pulih kenderaan.
*Mengubahsuai / Modifikasi Enjin kenderaan.
*Menjual alat-alat ganti kenderaan (Tulen)
*Mengetuk & mengecat kenderaan.
*Menjual "Performance parts" Jepun/Continental.
*Half-cut Rare/Original Items.
*Khidmat mendaftarkan enjin (JPJ/Puspakom)
*Khidmat Nasihat tentang kenderaan.
*Sewa Go-kart & Servis Go-kart

Klick Link di bawah untuk gambar
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089332619

Saturday, June 2, 2007

New NewS.....

Berita Terkini di D9 Autoservices....

1)Satria Orange Mr.Achap "Sun Roof" !?...
2)Satria Merah Mr.Hasnul Sudah boleh hidup.
3)Honda V-Tec Mr.Hussin Lempoyang dah ada VAFC.
4)Perdana Mr.Shamir "Hendak Jual!?"

1)Satria Orange Mr.Achap "Sun Roof" !?...
Setelah cermin pecah sewaktu perjalanan ke Dyno Test di Sunway,Mr.Achap bukan sahaja menukar cermin depanya.Tetapi terus memasang bumbung suria (Sun Roof).Agak menarik cerita ini kerana kelihatan tahap kemarahan Mr.Achap telah mencecah 7 skala ritcher.
Mr.Achap telah tekad utk memasang bumbung suria itu.
Bumbung suria dari Half-Cut model Mitsubishi Libero adalah pilihan terakhir
Mr.Achap kerana model Mivec telah pupus di kebanyakkan kedai2 Half-CUt di semenanjung tanahair kita yg permai ini.

Setakat ini telah 70% siap,Gambar2 operasi memasang bumbung ini akan di upload oleh Mr.Bee tidak lama lagi.Di sini kita boleh mengambil port bagaimana proses memasang bumbung suria di lakukan.Jika ada diantara pembaca blog ini ingin memasang bumbung suria spt
Mr.Achap,Boleh lah datang ke D9 Autoservices.


2)Satria Merah Mr.Hasnul Sudah boleh hidup.
Satria Merah
Mr.Hasnul yang dalam pemasangan enjin GSR 1.8 Turbo kini sudah sampai tahap boleh di hidupkan.Sewaktu kehadiran Mr.Hasnul ke D9,Wajahnya penuh ceria apabila mendengar enjin keretanya di hidupkan tanpa masaalah.Mr.Hasnul melompat ala2 katak Hijau jenis spesis Kortella Ababua meraikan kegembiraannya itu.Jumlah Kasar yg telah di keluarkan oleh Mr.Hasnul dalam (Project Car) dia telah mencecah RM10k...bersamaan RP100,000.00 matawang Indonesia Barat.

Mr.Hasnul adalah seorang pemuda berambut kerinting,berbadan kurus,yang suka melemparkan senyuman ala2 Latiff Ibrahim.Makanan kegemaran adalah Tomyam Kambing dan air Sirap Limau.

3)Honda V-Tec Mr.Hussin Lempoyang dah ada VAFC.

Mr.Hussin yang memandu kereta Honda EF panjang, yang menggunakan enjin B16A V-tec besar.Telah memasang VAFC utk mem'POWER' kan lagi keretanya.Beliau yg selalu menasihatkan kami semua yg di anggap mcm adik2 "Laju-laju pun nak gi mana...?" telah hilang azimat itu dan b'tambah pening dengan perangai2 D9'ers.VAFC yg telah di pasang akan di buat Dyno Test kelak...

4)Perdana Mr.Shamir For SaLe??
Perdana Mr.Shamir yg dijanakuasakan oleh enjin EVO-1 yang kira power gak telah heboh kononnya hendak di jual.Seramai 5000 org telah membuka Tender untk membeli kereta itu.
Kereta yg mencecah harga akhir RM175k Akhirnya tidak jadi dijual kerana sebab2 peribadi.
Tapi terdpt khabar2 angin kononyer
Mr.Shamir akan membeli sebuah kereta Drfit (Silvia S14) adakah ia benar??


2 comments:

perdanaevo_8825 said...

cayalah Bwan..cantek blog aku tengok...sorry tak sempat nak check..quite attached with my work.

Anonymous said...

Blog ini sungguh kemas & teratur.
Kalau boleh banyakkan lagi gambar2
terkini.Teruskan lagi.Terima Kasih