14 Ogos 2007 - Kereta Ustat Volvo 244 berjana kuasa RB-25 DET telah keluar menggegarkan jalanraya.Sehari selepas itu Ustat telah membawa kereta itu menjelajah negeri Kelantan.Mengikut kata Ustat, Perbelanjaan minyak dari Shah Alam ke Kelantan menelan belanja sebanyak RM100.00 sahaja.Mungkin kerana enjin ini masih dalam keadaan standard turbo dan tidak mengubahsuaian yang lebih drastik lagi.Lagipun mungkin juga Ustat memandu di bawah boost 1 bar sepanjang perjalanan beliau ke Kelantan.Apapun ucapan TAHNIAH di atas projek "Volvoline" ustat.
p/s:Dengar cerita kereta itu breakdown kat Pandan Indah.Hose tercabut!!
17 & 18 Ogos 2007 - Tarikh ini adalah tarikh dimana Mr. Awng Lwing (Mr.John) tidak menghadirkan diri untuk bekerja di D9'ers.Alasan kukuh tahap Zargone yang di gunakan oleh John ialah tidak cukup tidur & rehat.Memandangkan kerja lebih masa beberapa hari yang lepas membuatkan semua Warga D9'ers tidak cukup tidur, dan bukan hanya John seorang sahaja.Dato' Amee merasa tidak puas hati dan bercita-cita untuk menghantar John ke Kursus Disiplin I.O.A (Institut Otai Auto).
Tetapi ini dalam pemerhatian dan perlukan sokongan.
19 Ogos 2007 - Adalah hari pecah rekod bagi Warga D9'ers.Rekod yang di cipta oleh En.Aiman & En.Cupin adalah kerja paling lewat habis bekerja.Setakat ini rekod kebangsaan yang di cipta oleh Dato'Amee,Bob & John adalah selewat 5 pagi.Tetapi kali ini ia telah di pecahkan oleh En.Aiman & En.Cupin kelebihan 2 jam iaitu pukul 7 pagi waktu Malaysia Barat.
Ini kerana berkat kesungguhan bekerja tanpa mengira penat lelah dan keluarga tersayang.Antara warga D9'ers yang lain turut terlibat ialah Mr.Hasnol & Mr.Apolevo3 yang turut bersengkang mata bersama mereka.
Ingin Membayar secara ON-LINE
Monday, August 20, 2007
Buletin D9'ers
Celoteh By:
D9 Autosport
at
8/20/2007 03:24:00 PM
0
comments
Wednesday, August 15, 2007
Volvo 244 Ustat.....
Volvo 244 milik Ustat (D9'ers) yang berjana kuasa enjin RB-25 DET telah 80% siap.
Baru-baru ini ia telah di pandu uji bertempat di hadapan D9 Autoservice.Kehadiran pada hari itu seramai 10 orang termasuk warga D9'ers berkumpul untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri, tentang projek yang agak gah di D9'ers.
Walaupun belum selesai sepenuhnya, seperti pemasangan intercooler "Blitz", sistem piping dan lain-lain.
Celoteh By:
D9 Autosport
at
8/15/2007 04:20:00 PM
2
comments
Monday, August 13, 2007
Kemanakah Tan Sri Shammiruzain
Sejak beliau menjual kereta power (Perdana EVO-1) Tan Sri Shammiruzain.Beliau nampaknya seperti menghilangkan diri dari D9'ers.Mengapa? adakah beliau merasakan seperti tidak perlu lagi melepak di D9'ers sbab tidak ada kereta turbo untuk di service atau modified.Atau mungkin sibuk dengan kerjayanya sebagai Ultraman di syarikat dia bekerja.Apa2 pun kami di D9'ers merindui motivasi dari beliau untuk menaikkan semangat kami dan apa2 yang boleh di naikkan.
"Ada yang mengatakan selepas gambar ini di ambil, Tan Sri Shamir terus hilang bagaikan mengguna ilmu Pling-Pling"
Celoteh By:
D9 Autosport
at
8/13/2007 07:15:00 PM
6
comments
Pening Pening & Pening
Bukan hanya kerja di Mahkamah sahaja pening untuk menyelesaikan kes-kes.Bukan di Bank2 atau di mana-mana syarikat yang tak lepas dari mengalami penyakit pening ni.Begitulah yang berlaku di D9'ers.Mr.John yang pening memandang kertas kerja untuk "wiring" Kereta Honda.Setelah 12 tahun belajar bahasa Malaysia, Barulah Mr.John kelahiran Myanmar dapat memahami selok-belok bahasa yang di terjemahkan.
AKHIRNYA!!
Seramai empat kepala otak berfikir untuk menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh Mr.John Awng Lwin tentang "Wiring" Honda.Memadai dengan cogankata yang selalu di laungkan oleh Mr.John "Awak tak bodoh, Kita sama-sama Bodoh!"
Celoteh By:
D9 Autosport
at
8/13/2007 06:58:00 PM
2
comments

