Kami boleh..

*Service & Membaik pulih kenderaan.
*Mengubahsuai / Modifikasi Enjin kenderaan.
*Menjual alat-alat ganti kenderaan (Tulen)
*Mengetuk & mengecat kenderaan.
*Menjual "Performance parts" Jepun/Continental.
*Half-cut Rare/Original Items.
*Khidmat mendaftarkan enjin (JPJ/Puspakom)
*Khidmat Nasihat tentang kenderaan.
*Sewa Go-kart & Servis Go-kart

Klick Link di bawah untuk gambar
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089332619

Monday, July 30, 2007

APA KATA PELANGGAN

Apa kata pelanggan2 yang telah bersama kami di D9 Autoservice:





Bro Hussain-Honda EF B16A DOCH V-TEC. "D9'ers telah memberikan kepuasan dalam Enjin V-TEC B16A saya. Pada mulanya saya anggap mereka ini tidak mahir kerana Usia
mereka kebanyakkan nya masih muda.Tapi berkat kesungguhan
dan kemahiran yang ada saya yakin D9'ers boleh pergi jauh"






Bro Norfi (Nissan Sentra) SR-20 DET "Saya dah lama bersama Dato' Amee,Sejak dia bersama dengan bapanya lagi di Mohamad Auto.Jadi tak perlu di persoalkan lagi tentang bagaimana hasil kerja di D9'ers.Segala masaalah akan di atasi segera, dengan berkat kesabaran dan kemahiran yang jitu...Bleh dapat diskaun puji hang ni Amee!!"








Fernando Alonso (F1 Driver) "Diffrence when we drive in normal car with F1 Car.But when i've been service my personal car (PORSHE 991) at D9 Autoservice at TTDI Jaya Shah Alam, Malaysia.My car feel just like F1...Heh.."









Hakkinen (Rally Driver)

"Hmm....Great!!"

Friday, July 27, 2007

Kenari Project L900 Move....


Setelah hampir sebulan, Kenari En.Faril yang ternanti-nanti enjin half-cut dari Jepun iaitu L902 dari model Daihatsu kini telah tiba.Proses pemasangan enjin tidak mengambil masa yang lama.Tetapi Half-cut yang di cari terlalu susah kerana kedai2 Potong kekurangan stok dan ada harga yang di beri terlalu tinggi.

Menurut En.Faril, Dia memang telah memasang enjin turbo yang di beli pada orang lain.Tetapi enjin itu tidak berapa memuaskan dan perlu pembaikkan yang banyak.Dengan memikirkan secara masak dan ranum seperti buah Durian D24,EN.Faril telah mengambil keputusan pilihanraya agar membeli enjin lain di Half-cut untuk menggantikan enjinnya sebelum ini.

Adalah menjadi rutin tugas harian D9'ers untuk merealisasikan impian setiap pelanggan yang datang.Begitu juga impian En.Faril yang kami tidak tolak.Setelah beberapa hari proses pemasangan enjin di lakukan,Akhirnya Kenari En.Faril berjaya di keluarkan dengan penalaan enjin berkuasa Turbo (Daihatsu Move Type GF-L902S-GPSX) dengan nombor enjin bermula dengan JB-DET.Kini En.Faril berasa gumbira bagaikan tak terkata dalam bahasa Myanmar dengan memandu Kenari bersama enjin Turbo 660cc.

Link Di bawah adalah foto-foto pembikinan kereta Kenari En.Faril.
http://www.imagestation.com/album/pictures.html?id=2089317464

Wednesday, July 25, 2007

Abang Hussain kembali....

Setelah sekian lama beliau menyepikan diri.Kini abang Hussain kembali dengan ceria dan peramah kembali.Mungkin ada formula baru untuk menaik tarafkan kereta Honda EF berjana kuasa dengan enjin B16B nyer... Keceriaan yang di susuli dengan baju T-Shirt "APEXi VAFC" baru yang di beli di salah sebuah butik terkenal di "Uptown Shah Alam".Bukan sebarang baju yang di pakai, ia bermakna abg Hussain menggunakan gadget VAFC APEXi untuk kereta V-TEC nyer.Katanya setelah memakai alat itu,keretanya mampu menjanakan kuasa enjin yang lebih dan dapat menjimatkan minyak...


Semoga kehadiran Abang Hussain dapat menambahkan lagi keceriaan di D9'ers.

D9'ers Book Of Record!!


Jam tepat menunjukkan pukul 3.00am....D9'ers masih lagi beroperasi.Bukan apa, kerana mahu menyiapkan Project Perdana Evo-3 Encik Saiful.Antara yang terkini masih ada di D9'ers ialah
Dato' Amee,John,Aiman,Bob,Syed,dan Hasnul...Aik...Hasnul pun ada?

Semangat jitu yang di pamirkan oleh ahli-ahli D9'ers amat di kagumi oleh Perdana Menteri kita Dato' Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam usia Remaja masih mampu bersengkang mata mencari rezeki yang halal dan bukanya melepak membuang masa berpeleseran di Shopping2 dan Dataran Kuala Lumpur. TaHniAh D9'ers!!!