Bulan Julai telah berlalu,Kini tiba bulan Ogos.Bulan kemerdekaan yang biasa di anggap oleh rakyat kita Malaysia.Memandangkan kini 50 tahun kita merdeka, kita harus berbangga dengan negara kita yang semakin pesat membangun dengan kemajuan teknologi dan informasi.
Dengan kepesatan ekonomi dan teknologi di negara ini,maka lebih banyak perkara yang boleh kita realisasikan lebih-lebih lagi dalam bidang permotoran.Kami di D9'ers juga tidak ketinggallan untuk bersama-sama mengejar teknologi-teknologi terkini demi memberi kepuasan kepada pelanggan dan juga rakan-rakan D9'ers.
Bulan Ogos ini kami telah di tempah oleh beberapa kereta untuk di adaptasikan impian mereka untuk menaik taraf enjin mereka.Di antara projek terkini untuk bulan Ogos ini ialah:-
a.) Projek Honda EK milik En.Aziz yang ingin merasai kuasa V-TEC yang sebenarnya.
b.) Projek Satria Baja Orange milik En.Ashraff dari enjin GSR-1.8 Turbo kepada EVO-3.
c.) Projek Satria GTI-1.8 milik En.Shah bertukar kepada GSR-1.8 Turbo.
d.) Projek Satria N/A pada Turbo.